Saturday, August 18, 2007

Diabesiti - Bersarapan lewat jadi punca

ALASAN tidak boleh bersarapan di awal pagi adalah satu fenomena yang menyebabkan masalah diabetes dan obesiti (diabesiti) di kalangan masyarakat negara ini.
Diabesiti ialah gabungan masalah kencing manis dan kegemukan.
Mengapa alasan ini menjadi satu penyebab kepada masalah diabesiti di Malaysia?
Ini kerana menurut Ketua Pakar Diet, Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw-John, apabila seseorang itu bersarapan lewat, kuantiti makanan yang diambil biasanya melebihi kadar sepatutnya.
``Biasanya penduduk negara ini tidak suka bersarapan di awal pagi, terutamanya yang bekerja di sektor kerajaan.
``Selalunya golongan ini bersarapan pada pukul 10 pagi,'' ujarnya.
Jadi menurutnya, apabila bersarapan lewat, mereka biasanya mengambil makanan dalam jumlah yang banyak kerana pada waktu itu perut terlalu lapar.
``Ada yang bersarapan seolah-olah mengambil makanan tengah hari, kemudian ditambah pula dengan teh tarik gelas besar.
``Makanan yang diambil pada waktu pagi ini sangat mempengaruhi berat badan seseorang,'' ujarnya.
Menurut Easaw-John, saiz makanan juga merupakan faktor utama mengapa diabesiti menyerang penduduk negara ini.
``Saiz makanan pada masa kini kebanyakannya disajikan dalam saiz `gergasi', ini amat berbeza dengan suatu masa dahulu.
``Jika kita perhatikan, kebanyakan kedai-kedai makan kebelakangan ini seolah berlumba-lumba mempromosi minuman gelas besar,'' ujarnya.
Pesta makanan ini katanya, hanya membantu kepada wujudnya pelbagai jenis penyakit.
Tambah Easaw-John, kesukaran mengubah diet harian turut menyebabkan masalah obesiti dan penyakit kencing menular di negara ini.
Jelasnya, apabila sudah diajar daripada kecil membiasakan diri dengan sesetengah makanan, tabiat itu sukar untuk diubah.
``Ibu bapa selalunya suka anak-anak mereka bertubuh `berisi', jadi anak-anak akan dijamu dengan hidangan ayam setiap hari.
``Amalan ini apabila sudah dibiasakan, tentu sukar untuk dihentikan kerana ia sudah menjadi makanan rutin,'' ujarnya.
Ada juga di kalangan ibu bapa yang `silap' memberi didikan kepada anak-anak mereka mengenai khasiat sesuatu makanan.
``Ramai di kalangan ibu-ibu dahulu yang tidak menggalakkan anak mereka makan ikan kerana kononnya makanan itu tidak memberi khasiat.
``Mereka akan menakut-nakutkan anak mereka dengan mengatakan jika makan ikan, cacing akan penuh dalam perut,'' katanya.
Nasihat itu sebenarnya menurut beliau, bukanlah satu amalan yang sihat kerana kanak-kanak itu dari kecil sudah disogokkan dengan ajaran yang salah.
Selain itu jelasnya, sikap rakyat negara ini yang suka berbelanja mengikut hawa nafsu terutama apabila ada jualan murah banyak mempengaruhi faktor kesihatan.
Masyarakat kita biasanya suka menyenaraikan apa yang ingin dibeli, ini satu amalan yang baik.
``Namun amalan ini biasanya terpesong apabila tiba musim jualan mega.
``Pantang ada jualan murah, semua barang hendak dibeli dan selalunya senarai keperluan tidak lagi menjadi kepentingan,'' katanya.
Menurut Easaw-John, budaya masyarakat sesetengah negeri sebenarnya mendorong kepada timbulnya masalah diabesiti.
``Masyarakat Pantai Timur sangat suka menyajikan hidangan yang manis-manis.
``Walaupun bagi mereka rasa manis akan lebih menyedapkan sesuatu makanan, tetapi tabiat ini sebenarnya tidak elok,'' katanya.
Easaw-John berkata, seolah-olah satu budaya di kalangan masyarakat di negara ini menghabiskan masa di kedai-kedai makan pada larut malam.
Menurutnya, budaya lepak di kedai makan terutamanya kedai mamak kini bukan lagi hanya untuk golongan tua, tetapi juga menjadi ikutan golongan muda.
``Biasanya golongan muda sekarang terutamanya pekerja kilang dan pelajar institusi pengajian tinggi suka bersantai di kedai-kedai mamak sehingga lewat pagi dengan alasan untuk menghilangkan tekanan.
``Teh tarik dan roti canai tentu men-
jadi menu utama, inilah yang menyebabkan timbulnya masalah diabesiti,'' katanya.
Diabesiti atau kencing manis berlaku apabila organ pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan itu tidak berkesan.
Ini akan menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan, terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukosa meningkat ke dalam air kencing.
Obesiti pula ialah masalah berat badan atau kegemukan yang melampau kerana pertambahan lemak dalam badan.
Apabila seseorang individu mempunyai kombinasi kedua-dua masalah ini, tahap kesihatan badannya berada pada paras yang membimbangkan.
Amalan penjagaan kesihatan yang baik serta rutin senaman harian boleh membantu mengatasi masalah diabesiti.
``Sebenarnya, kita sendiri yang menentukan tahap kesihatan badan.
``Sekiranya kita rajin bersenam dan mengawal corak pemakanan, kita boleh mengelakkan diri daripada serangan penyakit,'' kata Easaw-John.

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,
sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

-------------------------------
(1) Makanan (6) Tembakau
(2) Alkohol (7) Radiasi
(3) Sinaran cahaya matahari (8) Pekerjaan
(4) Pengambilan ubat (9) Pencemaran air dan udara
(5) Perokok yang tidak aktif (10) Keturunan

TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,
membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China,
mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Darah Tinggi

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi merujuk kepada kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Apakah dia Tekanan Darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah berubah-ubah

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apakah dia tekanan darah tinggi?

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Akibat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut

* serangan jantung

* angin ahmar

* kegagalan jantung

* kerosakan buah pinggang

Memastikan tekanan darah optima:

* memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda

* tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda

* kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi

* kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang

* kekalkan berat badan unggul

* bersenam secara berkala

* elakkan pengambilan alkohol

Heart Attacks and drinking Warm Water


This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about heart attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine
. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intens
e pain in the jaw line.
You may never have the firs
t chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive.

A cardiologist says if everyone who reads this message sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. Read this & Send to a friend. It could save a life. So, please be a true friend and send this article to all your friends you care about.

Roti Dan Tikus

Ribena Didenda Dakwa Mengandungi Vitamin C

WELLINGTON 27 Mac – Pengeluar produk kesihatan antarabangsa, GlaxoSmithKline hari ini didenda RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan selepas dua pelajar sains mendapati minuman kodialnya yang popular, Ribena sebenarnya tidak mengandungi vitamin C.

Syarikat multinasional itu mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan iklan yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.

Pengakuan itu dibuat dalam saman yang difailkan oleh sebuah badan pemerhati pengguna, Suruhanjaya Perdagangan selepas sebuah projek sains sekolah pada tahun 2004 mendedahkan dakwaan palsu tersebut.

Ribena telah lama dijual sebagai minuman kesihatan berdasarkan iklan yang mendakwa jus buah beri itu mengandungi lebih banyak vitamin C daripada jus oren.

Iklan GlaxoSmithKline di negara ini mendakwa jus Ribena yang sedia diminum mengandungi tujuh miligram vitamin C bagi setiap 100 mililiter.

Bagaimanapun pelajar sekolah tinggi, Anna Devathasan dan Jenny Suo yang ketika itu berusia 14 tahun mendapati Ribena hampir tidak mengandungi sebarang vitamin C selepas menguji minuman berasaskan sirap itu sebagai sebahagian projek sains mereka pada tahun 2004.

Hakim Mahkamah Daerah Auckland, Phil Gittos mendenda GlaxoSmithKline dan mengarahkan syarikat itu untuk membetulkan iklannya selain menyiarkan mesej berkaitan di laman webnya. Kedua-dua pelajar terbabit turut hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan tersebut.

“Kami berasa agak bangga dan begitu teruja. Sekiranya kami tidak melakukan ujian sains itu tiga tahun lalu, Ribena mungkin dipromosikan selama-lamanya sebagai kaya dengan khasiat vitamin C,” kata Devathasan kepada National Radio.

Devathasan berpendapat denda yang dikenakan sepatutnya lebih tinggi kerana GlaxoSmithKline adalah sebuah syarikat yang mengaut keuntungan berbilion dolar.

Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan, Paula Rebstock menyifatkan kedua-dua remaja itu sebagai sumber inspirasi sebenar kepada semua orang di suruhanjaya itu – AP